Saya adalah penghidap penyakit mental!! Eh jangan takut pulak, sakit mental yang saya hadapi taklah sampai kena warded di hospital bahagia dan takkan mengundang bahaya pada sesiapa yang dekat. Nama saintifik yang diiktiraf doktor untuk sakit saya pun takde sebab sakit ini lebih pada perasaan sendiri. Yang ketara saya mempunyai dua sakit mental iaitu TAK BOLEH TENGOK TEMPAT BERSEPAH DISORDER dan SUKE SANGAT MEMBAYANGKAN PERKARA NEGATIF DISORDER.
- TAK BOLEH TENGOK TEMPAT BERSEPAH DISORDER
Sakit yg di atas ni sakit yg saya rasakan sgt kronik sebab boleh mengundang kenaikan paras darah dan panas hati. Kebiasaannya berlaku di rumah sendiri kerana di situ saya boleh terganggu dan boleh meluahkan kepanasan hati secara terang-terangan. Faktor yang menyebabkannnya ialah keadaan bersepah yang pada mulanya dalam keadaan kemas dan teratur namun menjadi tidak keruan secara tiba-tiba. Bila ada masalah tentu ada penyelesaian bukan?? Untuk mengelakkan panas hati yang melampau saya akan sentiasa memastikan tempat saya berteduh dalam keadaan kemas, sebelum keluar dari rumah saya akan berkemas dan apabila balik saya takkan terganggu. Opss!! Gangguan ini juga boleh berlaku di tempat kediaman org lain, tapi saya hanya akan berdiam diri takut nanti dihalau oleh tuan rumah :)
- SUKE SANGAT MEMBAYANGKAN PERKARA NEGATIF DISORDER
Pemikiran saya adakalanya sependapat dengan pengarah filem hollywood yang tidak saya tahu namanya, yang telah menghasilkan filem DESTINASI TERAKHIR ( saya lebih suke menggunakan Bahasa Melayu kerana walaupun saya memperoleh A teratas dalam SPM tapi saya tak ambil MUET semasa di POLITEKNIK, oh ye takde kene mengena pernyataan ini). Sebagai contoh, sekiranya kau org tengok filem tersebut, aksi kemalangan yang ngeri itulah bayangan saya. Setiap pagi semasa melalui pintu otomatik terbuka di pejabat saya akan membayangkan diri saya dipotong dua oleh pintu kaca otomatik tersebut atau semasa sedang berjalan di tepi kereta tiba-tiba saya terjatuh dan digilis oleh tayar kereta itu. Faktor dan penyelesaian pada masalah ini masih belum saya temui, tapi setiap kali bayangan kotor muncul saya akan cepat-cepat mengucap kalimah syahadah.
Kau org ada masalah mental?? Bukanlah masalah mental yang berat tapi yg ringan2 je. Mesti ada. Gangguan mental atau bahasa kasarnya gila dalam zaman metropolitan ini adalah seperti GILA GLAMER, GILA HARTA, GILA SHOPPING dan GILA KENTANG?? Oh ye, selalu berprasangka bahawa dirinya yang terhebat dan tiada siapa yang setanding dengannya juga adalah gangguan mental.
0 comments:
Post a Comment