Mari bagitahu saya sape yang tak pernah terjatuh cinta pandang pertama?? Saya agak segan untuk berkongsi pengalaman cinta sebegini kerana pengalaman saya yang pertama semasa berusia 5 ke 6 tahun mungkin. Ramai yang akan memberikan tafsiran, tapi bak kata org putih 'don't judge the book by its cover', walaupun pengalaman cinta saya ini pada usia yg sangat muda namun telah memberikan impak yg sangat besar dan telah membuktikan hebatnya penangan cinta pandang pertama.
Jangan terkejut, cinta pandang pertama saya berbadan bulat juga pendek dan itu membuktikan yang saya tidak memilih orangnya. Saya jatuh cinta dengannya kerana kehebatannya yang sangat di luar kawalan, Superman sendiri tidak setanding dengannya. Sebut saja masalah yang dihadapi, kekasih hati saya ini akan mengeluarkan bantuan yang sangat tidak dijangkakan. Baiklah, kau orang mesti dah berteka-teki siapakah gerangan kekasih hati saya itu bukan? Simpan dulu jawapan kau orang, walaupun tiada hadiah berganda yang bakal diberikan jika kau orang meneka dengan tepat tapi bagilah can untuk saya feling saya hebat kerana tiada siapa yang dapat meneka lagi. Namun setelah meningkat dewasa, saya terpaksa menyembunyikan perasaan cinta saya ini terhadapnya kerana hanya saya yang ditelan usia sedangkan dia masih lagi muda remaja. Oh DORAEMON!! ( ruangan untuk anda menghamburkan kata-kata keji)
Cukuplah dengan muqadimah di atas, bukan apa saya cuma nak menyangkal kajian yg menyatakan rakyat di negara ini kurang membaca. Tengok kau orang dah baca 2 perenggan karangan, jadi kajian itu ternyata salah. Dalam tafsiran saya cinta pandang pertama bukanlah cinta yang pandang-pandang terus rasa suka. Kalau macam itu, cinta pandang pertama saya pasti tidak terkira lagi, saya pernah terjatuh cinta pandang pertama dengan Hans Isaac, Minarwan Nawawi dan juga Shah Rukh Khan. Saya sangat suka adegan bila mana Shah Rukh Khan mendepakan tangan beliau dan heroin datang berlari untuk memeluknya. Adegan macam itu pun boleh membuatkan air mata saya berlinang tahu.
Pada pandangan saya cinta pandang pertama bermaksud bila kita memandang si dia, hati pun tiba-tiba bersuara dialah gerangan pemberi tulang rusuk. Jika kau orang peminat Bollywood pasti bayangan menari sambil bergolek-golek di lereng bukit di antara teruna dan dara menjelma di saat kau orang pandang wajah si dia. Walaupun pernah menjalin cinta dengan teruna lain, namun suami saya adalah cinta pandang pertama saya yang sejati. Pandangan pertama kami orang bukanlah di tempat romantik. Berlaku hanyalah di kedai runcit mamak di bawah flat tempat saya menyewa. Bila terpandang dia, terdetik di hati saya dialah orang yang akan menjadi tempat saya berlindung. Oleh kerana membazir masa itu amalan syaitan, saya dan dia mengambil masa yang sekejap saja untuk membina masjid. Di lain hari saya akan ceritakan bagaimana kisah perjalanan pembinaan masjid kami.
Tapi sekarang hati saya sudah terpaut pada dua jejaka serentak. Saya masih belum membuat keputusan siapakah yang berjaya menduduki tempat pertama carta kotak hati saya. Kau orang sila buat undian.
Wednesday, 28 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment