Thursday, 29 September 2011

PEJAM CELIK, PEJAM CELIK

Posted by SHAFINIE MOKHTAR at 19:39
Teringat masa kecik-kecik dulu saya berlari-lari mengejar bola yang dipukul kawan-kawan sepermainan sewaktu main rounders, seronoknya memang tak terkata.  Takpun bila dah bosan main rounders atau galah panjang yang selalunya budak lelaki yang conquer, saya dan geng2 sejantina akan cube merealisasikan impian kami bila dah dewasa nanti dengan bermain masak-masak, kahwin-kahwin atau pejabat-pejabat.  Semua permainan ini kadang-kadang kami buat secara nyata, macam masak-masak kami akan masak kangkung goreng beserta nasi di pondok kecik di belakang rumah kawan yang bertuah pada hari itu.  Main kahwin-kahwin tak lah real sangat sebab pengantin lelaki pun dimainkan watak dari seorang perempuan.  Yang paling saya suka ialah permainan pejabat-pejabat, masa itu kami akan melaram dengan high heel kepunyaan mak atau kakak dan tangan akan mengepit fail setebal alam dan akan cuba berjalan seperti model di atas runway, kalau ada skirt pendek lebih terasa lebih korporat lah pada masa tu.

Sedar tak sedar, ataupun buat-buat tak sedar sekarang saya dah berkahwin dan ada seorang anak lelaki yg sangat kiut-miut serta handsome ( ibu mana yang tak suka puji anak sendiri bukan).  Rasanya 24 tahun yang saya dah lalui itu sangat la panjang, kalau dikira dengan usia sebatang pokok pelam tentu pokok itu dah jadi senior.  Kadang-kadang saya terfikir untuk balik ke masa lampau untuk tukar situasi yang pernah saya hadapi macam masa saya tersilap pakai produk sampai muka saya habis berjerawat.  Kan bagus kalau doraemon boleh pinjam kan pintu masa beliau.


Gambar di atas ialah Muhammad Umar Mikael Bin Ridhuan, yang kini dikatakan mirip dengan Sharnaaz Ahmad.  Kalau difikirkan tempoh 24 tahun yang saya lalui adalah sampai tak sedar dan tentu tak lama lagi saya perlu menyiapkan  pantun dan barang-barang hantaran untuk merisik teman hidup Umar Mikael. Eh macam dah panjang sangat saya berangan, baiklah pendekkan sedikit, tak lama lagi saya perlu berhias dengan cantik untuk menghadiri majlis konvokesyen Umar Mikael.  Baiklah, rasanya cukupla setakat itu saje, sekarang ni saya perlu sibuk untuk memikirkan baju untuk dipakai di hari konvo Umar Mikael nanti..WT??

0 comments:

 

ASAM GARAM Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting