Saya pernah berjanji dengan diri sendiri untuk mengupdate blog sekurang-kurangnya satu sehari.. Tapi.... (Sila sambung sendiri jawapan anda). Saya juga pernah bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai blog masakan which is my passion tapi..... (sekali lagi jawapan anda)..
Kerana kerajinan beberapa hari yang lepas, terbentuklah roti jala yang cute ini. Menggunakan kaler kuning+pink, tak cute lagi ke kaler tu adik-adik?
Untuk mendapatkan roti jala yang cute seperti gambar di atas, kenelah menggunakan botol seperti gambar di atas di jamin adunan tepung anda tak tumpah.
Yang atas ni pulak Durian Crepe, siapa yang tak pernah nampak memang terbukti orang itu bermastautin di planet marikh yang takde pokok durian. Kalau Melayu pure akan panggil lempeng durian tapi disebabkan penambahan krim dalam lempeng tu jadi nama dia pun bertukar.
Atau kita boleh nyatakan lempeng durian ini sebagai mangsa kejutan budaya yang bila bertemu dengan whipping cream yang rata-rata digunakan di bandar lempeng ini lupa diri dan asal-usul? Lupa daratan!!
Bila perut dahagakan makanan, burger adalah menu teratas yang wajib di buat. Bukan sahaja pantas malah mampu memboncitkan perut sebanyak 2 kali ganda. Well done Berg!! Walau diketahui umum kalori yang terdapat dalam burger special adalah membimbangkan namun selepas diganti dengan roti wholemeal tahap ragu2 untuk tidak memakannya telah berkurangan.
Perut sudah dua kali ganda saiz dari yg biasa dan mata sudah mahu pejam, time to zzzzz.. semoga apa yang dirancangkan jumaat ini dirahmati
Sunday, 16 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment