Wednesday, 16 January 2013

OBSESSIVE-COMPULSIVE PERSONALITY DISORDER

Posted by SHAFINIE MOKHTAR at 19:37
'Obsessive-Compulsive Personality Disorder is achronic non-adaptive pattern of extreme perfectionism, preoccupation with neatness and detail, and a requirement or need for control or power over one's environment that causes major suffering and stress, especially in areas of personal relationships. Persons with OCPD are usually known to be inflexible and extremely controlling. They may find it hard to relax, and feel the need to plan out their activities down to the minute.OCPD occurs in about 1% of the general population. It is seen in 3–10% of psychiatric outpatients. It is twice as common in males as females.' ~ wikipedia 


Saya ada penyakit mental seperti yang saya katakan sebelum ini dan tak tau kenapa saya tak rasa takut bila sedar saya ada penyakit ini.  Mungkin sebab sy rasa sy antara yang bertuah untuk memiliki penyakit hebat yang sukar disebut dan dieja ini, rasa macam THE CHOSEN ONE, ohsyemm!! Atau mungkin pengaruh media massa, masa di sekolah rutin harian pada pukul 6petang adalah menonton siaran drama kantonis hong kong, cerita polis-polis, pembunuh yg sangat cool mempunyai penyakit mental dan dilepaskan dari hukuman gantung hanya kerana berpenyakit, bertuah sungguh!

Saya belum diiktiraf berpenyakit oleh mana-mana doktor, tapi sy mengaku sebab saya rasa cool gilerrr ada penyakit ni.  Saya juga merasa sangat hebat sama seperti hebatnya hero filem tamil yang mampu mengalahkan 20 orang penjahat sekaligus hanya dengan pukulan dari kaki dan tangan yang berbunyi seperti ini 'debush!!debush!!'  




'achronic non-adaptive pattern of extreme perfectionism'  

"Memotong rumput dengan gunting?? seriously!!"kata hati kecil anda yang sedang membaca.  

Penghidap OCPD mesti pernah lalui perkara ini, saya juga pernah tapi bukan keadaan seperti pakcik dengan gunting di atas.  Keadaan terjadi pada pukul 5.00 pagi hari sabtu, di mana saya bercadang untuk beratur di kaki lima kedai hanya untuk membeli tudung dengan tagline 'Nyata Jelita"  dan ya saya terpengaruh dengan tagline tersebut dan sampai sekarang masih lagi merasakan sangat jelita apabila memakai tudung tersebut.  Mengumpul tdung tersebut juga saya rasakan sebagai penyakit kerana obsesi mengumpul tudung yang mahal serta sanggup berhabisan duit tanpa pernah merasa menyesal. TEMM!!  Berbalik kepada cerita tadi, selesai mandi saya menyarungkan tuala dan dalam kepala saya merasakan bodi saya cantik seperti Kareena Kapoor dan terfikir kalau saya menyarungkan tudung yang mampu membuatkan saya jelita beserta tuala itu pasti sayalah yang tercantik di dunia walau hakikatnya sebaliknya (otak cuba menipu).  Sebetulnya saya sudah terlambat sedangkan ketika itu baru pukul 5 pagi dan masih ramai yang berselimut kesejukan di atas katil beserta bantal2 yang empuk, sedang saya memalingkan muka dan bergerak ke arah pintu saya terpandang sinki   bilik air.  Hanya sekilas pandang.  Tak sampai sesaat saya terpandang sinki tersebut.  Tangan saya memegang tombol pintu, entah kenapa tak terpulas tombol tersebut.  Tangan saya berasa lemah, serentak itu seperti kedengaran suara kecil dari sinki yang berbunyi sebegini "cucilah aku!!cucilah aku!".  Saya cuba untuk memulas tombol pintu, sedaya upaya, keadaan seperti di dalam movie seram bila hantu cuba mendekati dan pintu terkunci dari luar tapi ternyata saya tewas.  Saya terus berpaling kepada sinki dan mencuci sinki tersebut dengan berus gigi yang tidak terpakai ( masih boleh dipakai tapi keadaan memaksa lantas berus gigi tersebut dijadikan korban, mujur stok berus gigi masih banyak tersimpan) untuk membersihkan sinki yang tiada kotoran yang nyata.  Kotoran yang kelihatan hanya lah sedikit tanda hitam, sebesar kutu kepala.  Tapi saya telah mencuci satu sinki dengan berus gigi dan merasa puas, bangga bila keluar dari bilik air dan menoleh kepala berkali2 ke arah sinki tanda terlalu seronok dengan perubahan ketara dari mata saya yang bersinar2.  


Di rumah, saya cuba mengekalkan susunan pinggan di rak saya seperti di atas.  Mata saya berasa seronok dengan susunan begitu, rasa bahagia!! Pernah pinggan di rak tidak seperti di atas, saya merasakan seperti ada benang berselirat di otak, terlalu serabut dan mata mula berkaca-kaca.  Yeah, saya menangis!! TEMM!! hanya sebab pinggan tidak tersusun.  

Sekarang saya cuba untuk menenangkan diri, saya cuba. Menggunakan konsep menenangkan diri, perubahan yang saya rasa agak ketara.  Jika sebelum ini, kalau kaki memijak lantai yang berhabuk saya akan menyapu berkali2 tapi sekarang saya hanya menyapu hanya sekali tapi dengan cara yang hardcore ( menghayun penyapu di tepat yang berhabuk berkali2)

Selepas baca ini, anda yang membaca rasa ada penyakit macam saya?? Untuk kepastian, sekarang pergi ke perenggan pertama dan cari perkataan wikipedia. 

~ wikipedia 

Siapa yang terganggu dan  merasakan ada kurang dengan perkataan wikipedia di atas? 
TAHNIAH!! anda adalah THE CHOSEN ONE.

THE CHOSEN ONE akan menulis seperti ini:


~ wikipedia ~

The shocking truth. Jangan gelabah, cuba berbangga seperti saya kerana kita adalah THE CHOSEN ONE.

*Sebetulnya hanya kerana ~ wikipedia ini tangan saya merasa terketar2 untuk menekan butang publish!! TEMM








0 comments:

 

ASAM GARAM Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting