Wednesday 20 March 2013

BEEF PEPPERONI PIZZA

Posted by SHAFINIE MOKHTAR at 17:06


Mr. Hub bertekak western.  Tekaknye seperti terperangkap dalam badan seorang melayu berketurunan jawa.  Demi memenuhi kehendak tekaknya itu, saya sebagai isteri mithali lagi solehah menyediakan beliau homemade pizza. (mana mampu delivery dominos ari2 uollss)

As simple as abc, resepi ini akan membuatkan anda rasa diri anda seperti chef itali terkemuka.  Percayalah kerana saya telah melalu kegemilangan chef itu beberapa kali.

BAHAN DOH
500g tepung superfine
satu paket yeast (mauripan)
air suam-suam kuku
sedikit minyak zaitun
sesudu gula
satu sudu teh garam

BAHAN SOS
Tomato puree
2 ulas bawang putih yg dicincang 
Ground oregano
Garam
minyak zaitun untuk menumis

BAHAN TOPPING
Mozarella cheese (lagi banyak lagi sedap)
Beef Pepperoni

1. Rendam yeast dalam air suam.  Biar 5 minit. yeast ready bila  air bertukar warna n ada kepala pada air.  
2. Satukan tepung, gula n garam dalam bekas.  
3. Masukkan air beryeast sikit-sikit sambil uli.  
4. Uli sampai doh tak melekat pada tangan
5. Oleskan minyak zaitun pada bekas dan tutup bekas dgn wrapping.



6. Tumis bawang putih. Bila naik bau masukkan tomato puree.  
7. Masukkan garam n oregano.  
8. Biar sos sampai pekat




9. Lepas 30 minit, doh akan jadi seperti gambar kat atas.  Pembesarannye tanpa menggunakan weight gain ternyata  berjaya dan naik sebanyak 2 kali ganda dari kejadian sebelum.
10. Doh yang kembang tadi diuli lagi sekali sambil ditumbuk2 untuk keluarkan angin yg ada.
11. Bahagikan doh ikut suke hati dan gelek doh ikut ketebalan yang dikehendaki
12. Letak doh yang telah dicanai atas pizza pan, spread homemade sos pizza atas doh
13. Tabur Mozarella cheese dan lastly letak beef pepperoni atas sekali



14. Bakar pizza dengan suhu 180'c selama 15 minit dalam oven

*pic ehsan the lord of google
*ur pizza should look like this, homemade pizza saya tidak sempat dimomentkan dalam bentuk gambar kerana kerakusan tekak jawa iteww





2 comments:

ridhuan said...

Dah kembali Aktif ye puan. Saya peminat puan no. 1. Chaiyo!!

Unknown said...

Chaiok nye pizza tu

 

ASAM GARAM Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting