Thursday, 4 April 2013

AWAK BAHAGIA, JADI SAYA TIDAK??

Posted by SHAFINIE MOKHTAR at 00:20

Dah jadi trend cinta ditunjuk-tunjuk.  Mungkin panas bontot apabila cinta hanya dipendam pasangan masing-masing. Atau terasa kurang mesra di antara pasangan bila cinta tidak digembar-gemburkan pada ramai. Kepada orang begini, ada satu soalan yg terlalu ingin sy utarakan..

HELLO!! AWAK SORANG JE KE YG BERCINTA?!!!

Please people.  Orang lain pun bercinta jugak tapi perlu ke nak tunjuk apa yg anda dan pasangan buat sepanjang hari.  Kalau awak masih lagi baru bercinta or berkahwin, orang-orang yang membaca atau melihat masih boleh terima kerana di dalam fasa tersebut anda sedang kemaruk.  Tapi kalau awak dah berkahwin selama 3-4 tahun tapi masih meletakkan status di facebook berbunyi gembira tahap dewa  kerana suami or bf awak belanja makan pada hari tersebut, itu bermakna something wrong with u somewhere.  Dah beberapa tahun awak berkahwin, takkan boleh dikira dengan jari berapa banyak kali telah suami awak belanja sampai awk melonjak kegembiraan dan berkongsi dengan semua orang.

Media sosial memang tempat untuk berhubung dengan kawan-kawan.  Kita boleh berkomen pada status atau gambar orang lain.  Yang menjengkelkan apabila awak cuba menghubungi pasangan dengan meletakkan status pada wall pasangan dengan hanya mengatakan "sayang, i miss u."  Dey thambi!! Nenek yg umur 70 tahun pun ada handphone tau. Guna handphone.  Bila nak bersayang-sayangan gunakan facebook n twitter tapi bila nak bergaduh pandai pulak guna handphone kan.   Awak adalah orang yang suke update psl hubungan pada orang lain kan, jangan hanya saat gembira tapi  bila bergaduh pun please update facebook or twitter supaya orang lain turut tau bila kebahagiaan dan berlakunya gejolak dalam hubungan awak. Kami telah diberitakan dengan kebahagiaan, jadi kami juga perlu tahu bila anda bergaduh.  Dalam drama melayu tak pernah pasangan aman damai, jadi sajikan kami drama live yang penuh kemelut jiwa.

Setiap manusia ada limit.  Kita boleh tolerate bila awak masih lagi dalam fasa kemaruk, tapi jangan biar kemaruk tu mengusai diri anda sampai buat orang termuntah hijau bila membaca atau terbaca betapa bahagianya hidup anda dan pasangan.  Saya jugak pernah melalui fasa kemaruk tersebut kerana saya pernah bercinta dan pernah melalui tempoh baru bergelar isteri, sampai satu point saya sedar, cukuplah kemaruk saya bersama suami aje.  Saya taknak orang lain muntah hijau sebab saya.  Muntah hijau adalah super duper pahit okey, tolong jangan seksa orang lain mengeluarkan muntah hijau tersebut.. Tolong!!Saya merayu!! Please stop dengan propaganda yang boleh mengakibatkan keluarnya muntah hijau itewww..

4 comments:

NuR AySYah KhALilA said...

sokong!!! terbaek!! nak tegur tp xtau ayt cemana yg plg sesuai supaya "mereka2" ini tidak tersentap!

Miss Brenito said...

Ala jangan la gitu, baru je kut hapdet tentang beday somi.. wuaaa.. cam terasa jer tp idakla kita jap2 hapdet gitu kan.. hehehehe...

SHAFINIE MOKHTAR said...

MIss Brenito - ala jgn la sentap.. ni ditujukan buat orang2 yg tak boleh blah sgt dah statusnya.. nak baca pasal besday somi.. pleaseeeee.....

Miss Brenito said...

hihihihi.. mane der sentap.. saje propa..silakannnn..

 

ASAM GARAM Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting