Tuesday, 11 October 2011

RAYUAN DOMBA

Posted by SHAFINIE MOKHTAR at 00:31
'engt lgy x mla2 kta jmp .. cm xdpt d'psah kn , kdg2 kta cmbng at f0n abeh bnyk un ... tyd0w p0wn asyik mmpy awk jep , la0p0wn kta jwang jmp tpy aty kta cntieysa bcma .. tpy ..... bwu2 niy saia tng0p pagey awk dh laen cngt , awk x mcm celalu , cm dh xengt cpe saia , kl0 kta gad0 , saia tngu ...'
sumber
 Sudah habis baca petikan di atas?? Belum habis lagi?? Takpe sambung lagi, saya tunggu, ambil seberapa banyak masa yang kau orang perlukan untuk menghabiskan petikan pendek di atas.  Saya sendiri hampir-hampir menghantukkan kepala ke meja akibat tekanan yang melampau semasa membaca keratan di atas.  Yang lebih ajaib lagi saya seperti kembali ke zaman silam iaitu darjah 1 dan terasa seperti sedang belajar membaca oleh cikgu.  Cukup hebat penangan ayat tersebut.  Petikan yang tidak berapa panjang mampu membuatkan kenaikan darah tinggi dan panas hati kepada pembacanya.  
 Kalau kau orang adalah penulis seperti ini saya merayu dan jika perlu saya sanggup melutut agar kau orang bertaubat dari menjadi penulis yang menggunakan ayat seperti ini.  Bayangkan implikasi ke atas pembaca-pembaca yang menghidap penyakit mental yang keterlaluan.  Kemungkinan besar segala kerusi, meja atau yang lebih extreme anak kucing pembaca yang berkenaan akan terbang akibat dibaling pembaca berkenaan.  Sekiranya pembaca tersebut penghidap penyakit migrain yang kronik tentu saja kepala beliau akan dihentakkan ke dinding seterusnya pembaca tersebut akan ditahan di wad pesakit luar dan dompet beliau akan menjadi nipis setelah membuat bayaran rawatan di klinik atau hospital.  Lihat implikasi yang diberikan oleh ayat sependek itu, bukan saja kepada diri sendiri malah kewangan juga boleh terjejas.  
 Sekali lagi saya merayu tolonglah jangan lagi menggunakan ayat seperti di bawah wahai penulis-penulis ayat seperti itu.  Banyak perkara yang akan terjejas dan boleh membawa kepada kelembapan ekonomi. WT??
**mangsa yang telah terkena penangan dari keratan di atas**

0 comments:

 

ASAM GARAM Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting