Thursday, 13 October 2011

TORTILLA

Posted by SHAFINIE MOKHTAR at 20:09
Saya dan Mr.Hub sekarang dalam usaha untuk berdiet.  Mana taknya, kedua-dua kami dah macam pregnant.  Jadi lepas puas berfikir saya terasa nak cuba makanan Mexico.  Kalau kau orang mahu cuba bolehla tengok resepi kat bawah
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4sd minyak sayur
  • 2sk baking powder
  • secoit garam
  • air suam
Gaul semua bahan kering sampai sebati lepas tu masukkan minyak sayur n gaul lagi. Masuk air suam sikit sikit n uli sampai jadi doh.  Bahagikan doh kepada 12, bulatkan dan rehatkan 20 minit.  Canai doh sampai nipis dan goreng tanpa minyak, each side 1-2 minit.  
*ape susah, beli saje tortilla segera :P*p


TORTILLA FILLING
  • 2 keping dada ayam potong dadu
  • 1 labu bawang besar holland
  • capsicum merah dan hijau
  • oregano
  • serbuk black pepper & perasa
  • 3sb sos spageti traditional prego
  • sedikit of your own favourite cheese
  •  minyak untuk menumis
Tumis bawang sampai naik bau dan masukkan ayam.  Masukkan capsicum, sedikit serbuk oregano, salt n pepper.  Goreng sampai mendidih, masukkan sos prego dan masak sampai kering dan angkat.  Letakkan filling atas tortilla dan tabur sedikit cheese dan balut tortilla.

*satu rumah sudah demam dan nampaknya dapur akan berasap suam-suam kuku saja minggu ini*

0 comments:

 

ASAM GARAM Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting